Rabu, 24 Ogos 2011

Cinta Al-'Ajilah


Jika kau cintakan manusia
Kerna kecantikannya
Cintamu akan susut
Dengan paras rupanya

Jika kau cintakan manusia
Kerna kekayaannya
Cintamu akan luak
Dengan hartanya

Jika kau cintakan manusia
Kerna kebijaksanaannya
Cintamu akan hilang
Dengan ilmunya

Jika kau cintakan manusia
Kerna Allah
Cintamu akan kekal
Walau badai melanda

Kerna Allah Maha Cantik, Maha Kaya dan Maha Bijaksana!

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu)
Kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
[Al-Qiaamah 75:20-21]

"Nilai Hidup Pada Syukur"
24 Ramadhan 1432H | 24 Ogos 2011M
Bandar Seri Putra