Selasa, 26 Jun 2012

Transaksi Dinar

Dinar Dirham 1433


Fiat-Dinar
23.06.2012 - 1/2 Dinar
06.07.2012 - 10 Dirham

Dinar-Fiat
13.05.2012 - 6 Dinar
15.05.2012 - 4.5 Dinar
23.06.2012 - 1.5 Dinar

6 Syaaban 1433

Antara yang hadir.


Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk beriftar di UIA PJ dalam proses menyantuni adik-adik baru masuk ke Pusat Asasi UIA. Ianya bermula dengan berbuka dengan makanan ringan (roti), kemudian solat dan disusuli dengan berbuka dengan makanan berat (nasi). Dan ia diakhiri dengan sesi ta'aruf dan tazkirah. Yang menjadi kegemaran saya adalah sesi taaruf kerana sesi ini membina kreativiti dalam memperkenalkan diri.

Saya pulang ke UIA Gombak sejurus usai solat isya'. Dalam perjalanan pulang, Saya baru teringat yang saya tertinggal beg di surau Mahalah Abu Bakar. Hasrat untuk menelefon sahabat yang masih di PJ tidak kesampaian kerana kredit telefon saya keika itu tinggal 5 sen. Tambahan pula ketika itu saya di kawasan lebuhraya, sudah tentu tiada kedai di sepanjang perjalanan. Namun saya bertawakal dan cuba unutk keluar dari lebuh raya. Alhamdulillah, saya berjaya keluar dari lebuhraya ke kawasan kedai di Setapak. Setelah berlegar-legar kurang dari setengah jam, akhirnya saya menemui kedai Watson dan membeli top up digi RM 10. Selajutnya menefon seorang sahabat yang masih di UIA PJ untuk meminta dia membawa pulang beg saya yang tertinggal. Alhamdulillah, beg saya akan dibawa pulang dan disimpan di wisma. Peristiwa menjadi iktibar supaya tidak tergopoh gapah untuk pulang sebelum memastikan tiada barang yang dibwa tertinggal.

Jumaat, 22 Jun 2012

Persiapan untuk bulan Ramadhan bukan sahaja dari aspek SPIRITUAL (memperbanyakkan puasa di bulan Sya'ban) bahkan perlu dilihat pada sisi-sisi lain seperti FIZIKAL (menyediakan budget infak - iftar, sedeqah, dsb), EMOSI (belajar bersabar), dan INTELEKTUAL (membanyak bahan bacaan tetang bulan puasa - peristiwa penting di bulan Ramadhan, hukum hakam puasa, dsb) agar Ramadhan yang kunjung tiba tidak disia-siakan.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita. Ma'akumullah.

"Nilai Hidup Pada Syukur"
2 Sya'ban 1433H | 22 Jun 2012M
UIAM Gombak

Jumaat, 20 April 2012

Vocab

Laud (Memuji-muji) = Praise
Fabricated (Palsu) = Fake
Rescind (Membatalkan) = Cancel, Remove, Recall
Miniaturization (Perngecilan)
Ignite = Turn on, Begin
Bulky = Large, Unweildy
Adequate = Enough
Exhibit = Show, Demonstrate
Denoted by = Marked with

Jumaat, 30 Mac 2012

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu..

28.03.2012 - Belajar Dari Perang Badar, Strategi Menghadapi Kemenangan. Hepi Andi Bastoni

"Siapa diri kamu yang akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang"

Rabu, 7 Mac 2012

Hari-hariku Sem 2

 Moga-moga Allah memberkati masaku, agar aku sentiasa mengingatiMU..

اللهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لَنَا شَأنَنَا كُلَّهُ، وَلا
تَكِلْنَا إِلى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ ولا أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ 

"O Ever-Living! O Self-Subsisting! and Supporter of all! By Your Mercy we seek assistance, rectify for us all of our affairs and do not leave us to ourselves ever for the blink of an eye or less than that."



“Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
Ali ibn Abi Talib R.A.

Sabtu, 3 Mac 2012

Da'watuna


DAKWAH 
bukan  untuk  memberi  TAHU 
tetapi ingin  mencetus  MAHU  
agar bergerak  menuju MAMPU
  
PENCERAHAN 
bukanlah  pada MENGUMPUL PENGETAHUAN
tetapi  membuka jalan kembara insan MENGENAL TUHAN

- Hasrizal Abdul Jamil -