Antara yang hadir. |
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk beriftar di UIA PJ dalam proses menyantuni adik-adik baru masuk ke Pusat Asasi UIA. Ianya bermula dengan berbuka dengan makanan ringan (roti), kemudian solat dan disusuli dengan berbuka dengan makanan berat (nasi). Dan ia diakhiri dengan sesi ta'aruf dan tazkirah. Yang menjadi kegemaran saya adalah sesi taaruf kerana sesi ini membina kreativiti dalam memperkenalkan diri.
Saya pulang ke UIA Gombak sejurus usai solat isya'. Dalam perjalanan pulang, Saya baru teringat yang saya tertinggal beg di surau Mahalah Abu Bakar. Hasrat untuk menelefon sahabat yang masih di PJ tidak kesampaian kerana kredit telefon saya keika itu tinggal 5 sen. Tambahan pula ketika itu saya di kawasan lebuhraya, sudah tentu tiada kedai di sepanjang perjalanan. Namun saya bertawakal dan cuba unutk keluar dari lebuh raya. Alhamdulillah, saya berjaya keluar dari lebuhraya ke kawasan kedai di Setapak. Setelah berlegar-legar kurang dari setengah jam, akhirnya saya menemui kedai Watson dan membeli top up digi RM 10. Selajutnya menefon seorang sahabat yang masih di UIA PJ untuk meminta dia membawa pulang beg saya yang tertinggal. Alhamdulillah, beg saya akan dibawa pulang dan disimpan di wisma. Peristiwa menjadi iktibar supaya tidak tergopoh gapah untuk pulang sebelum memastikan tiada barang yang dibwa tertinggal.
Ujian tidak terhenti di situ, saya dikejutkan pula dengan sekatan polis di Gombak, bertentangan dengan SMK Sg. Pusu. Keberangkalaian untuk melepasi sekatan amatlah tipis kerana lesen saya telah luput. Alhamdulillah, dengan ilham dari Allah, saya singgah di bengkel kereta yang betul-betul berdekat dengan tempat sekatan polis. Namun begitu, persinggahan ini tidak sia-sia, kerana saya dapat berkenalan seorang pengusaha baju. Beliau juga seperti saya, lesen beliau sudah luput sejak Januari. Katanya sambil menunjukkan baju yang pernah dibuatnya, beliau selalu mendapat tempahan baju dari kalangan pelajar UIA. Ini kerana harga yang ditawarkan olehnya agak murah dalam RM 18 sehelai untuk tempahan 15 helai yang menggunakan dua warna untuk corak baju. Lama juga kami berborak. Dalam 1 jam setengah, akhinya sekatan polis ini berakhir. Saya mengurut dada dan menarik lafas lega kerana akhir saya dapat meneruskan perjalanan.
Sebelum sampai di UIA, saya singgah di wisma setelah mengetahui bahawa sahabat saya telah sampai di sana bersama beg saya. Sejurus itu, saya meneruskan semula perjalanan. Sebaik sahaja sampai di makmal PG di UIA, saya menerima satu lagi musibah. Air di dalam water heater tertumpah dek kerana disinggung oleh kaki saya. Habis lantai makmal basah. Mujurlah air tidak mengenai barang-brang elektrik yang bedekatan dengannya. Sekali lagi saya bersyukur, kerana diberi ilham lagi untuk menggunakan mop yang disimpan oleh mak cik cleaner di bilik berdekatan dengan bilik saya.
Daripada pengalaman ini dapat disimpulkan, sifat tergopoh-gapah mengundang kesusahan kepada kita. Rasulullulah pernah bersabda,
Allah juga sudah mengatakan bahawa salah satu sifat manusia adalah tergesa-gesa, firmanNya berbunyi,
Daripada pengalaman ini dapat disimpulkan, sifat tergopoh-gapah mengundang kesusahan kepada kita. Rasulullulah pernah bersabda,
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda: “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” Hadith Riwayat Tirmizi
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.”Hadith Riwayat Muslim.
Allah juga sudah mengatakan bahawa salah satu sifat manusia adalah tergesa-gesa, firmanNya berbunyi,
“Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” (Surah Al Anbiyaa’ 21:37)Namun begitu, sifat tergopoh-gapah adalah pembawaan syaitan kecuali dalam lima perkara:
- Mengahwinkan anak perempuan jika memang sudah tiba waktunya.
- Menjelaskan hutang sesuai dengan batas waktu yang telah dijanjikan.
- Memelihara jenazah.
- Menghormati tetamu.
- Bertaubat.
Moga-moga dengan izin Allah, kita dapat menghindari diri dari sifat terburu-buru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan