Jumaat, 27 Januari 2012

Ibrah Surah Al-Kahf (1)


Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan SURAH AL-KAHF anjuran Akademi Sinergi. Seminar ini berlangsung selama 4 hari di UPM Serdang.
 
Alhamdulillah, saya panjat seinfinity kesyukuran kepada Allah kerana saya antara insan dipilih oleh-Nya untuk hadir di bawah tajaan. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja. Moga Allah merahmati dan menerima segala usaha kalian untuk membentuk umat manusia ke arah kebaikan. Ameen.

Apa tujuan anda datang? (tanya diri sendiri) Tujuan hanya satu untuk memahami Al-Quran dan seterusnya saya akan sampaikannya kepada insan-insan di bawah lingkungan saya. Insya Allah.

HARI PERTAMA (21 January 2012)

PENGENALAN SURAH AL-KAHF

Surah Al-Kahf

Surah Al-Kahf merupakan surah makiyyah dan mempunyai 110 ayat. Ayat ini diturunkan di kala umat islam mengalami krisis kepercayaan.

Antara sebab turunnya surah ini, adalah gara-gara orang Quraisy mekah ingin mengahalang da'wah nabi setelah pelbagai cara sudah dicuba. Akhirnya, mereka meminta bantuan dari Ahli Kitab di Madinah yang ketika itu terkenal dengan kecerdikan mereka.

Sekadar selingan, di sini kita boleh lihat Allah menggunakan perkataaan 'Ahlul Kitab' (merujuk pada orang-orang yahudi) pada surah yang diturunkan sebelum hijrah nabi ke Madinah. Manakala, gelaran 'Yuhudi' yang diberi secara rasmi kepada mereka setelah mereka jelas memusuhi Rasulullah di Madinah.

Maka, wakil orang quraisy tersebut diberi tiga soalan oleh pendeta-pendeta Yahudi, jika 3 soalan ini berjaya dijawab oleh Nabi Muhammad, maka benarlah beliau adalah utusan dari Allah.

Antara 3 soalan yang ditanya;
  1. Pemuda-pemuda yang hilang dari kaumnya
  2. Pemimpin yang tawaf mengelilingi dunia (Timur-Barat)
  3. Tentang Roh
Maka pulanglah wakil kafir Quraisy dengan hati yang gembira bersama-sama soalan-soalan yang mungkin sukar dijawab oleh baginda. Lalu diajukan soalan ini kepada Rasulullah. Lantas Rasulullah tanpa menyebut "Insya Allah", beliau berjanji untuk memberi tahu semua jawapan itu pada keesokan harinya. Namun, Allah tidak menurunkan wahyu kepada beliau untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut sebagai teguran. Dan ini berlanjutan selama 15 hari.

Orang kafir Quraisy sudah berasa kemenangan berpihak kepada mereka. Walaubagaiamanapun, Allah tidak akan membiarkan kekasih bermuram durja selama-lamanya. Lalu, Allah memerintahkan Jibril supaya memberi khabar gembira kepada Rasulullah dengan memberi jawapan kepada 3 soalan tersebut. 2 soalan dijelas didalam surah al-Kahf (QS 18:9-12 & QS 18:83-99) dan 1 soalan lagi dijelaskan dalam surah al-Isra'a (QS 17:85-86).


PANDANGAN SAYYID QUTUB

Iceberg Asas Perbuatan Manusia

Sayyid Qutb dalam membicara surah Al-Kahfi, ia berkisarkan 3 isu penting untuk umat akhir zaman:
  1. Tashih al-aqidah (membetulkan kepecayaan/ Aqidah)
  2. Tashih manhaj al-Fikr wa al-nazar (memperbetulkan cara berfikir dan melihat)
  3. Tashih al-Qiyam bi mizan al-aqidah (membetulkan sistem nilai)
Ketiga-tiga elemen ini merupakan 'enjin' kepada 'jentera' perbuatan. Dan tugas ejen-ejen dajjal di akhir zaman ini adalah merosakkan ketiga-tiga enjin tersebut. Oleh itu, kita perlu membetulkan dan membaikinya supaya tidak terjerumus dengan anasir-anasir dajjal.


PANDANGAN ABU HASSAN ALI AN-NADWI

Abu Hasan Ali An-Nadwi

An-nadwi menyimpulakan bahawa isi kandungan surah al-kahfi berkisarkan tentang pertembungan diantara iman dan materialisma.

Materialisma bukan sekadar kebendaan semata tapi ia adalah satu benda yang terputus atau tidak ada hubung kait dengan Allah.

Contohnya; harta tiada kaitan dengan Allah, ilmu tiada kaitan dengan Allah.

Dari segi aqidah kebendaan pula, nampak depan mata baru percaya.

AYAT 9-12

Ayat 9-12 adalah ayat sinopsis atau trailer kisah pemuda Al-Kahf. Allah bentangkan jalan cerita secara ringkas dan padat. Subhanallah!

AYAT 9

Ikan Ajaib!

Ayat ini berbentuk soalan untuk menghina kepada orang yahudi yang berbangga-bangga dengan khabaran pelik dari mereka. Kalau boleh diterjemahkan "Pelik sangat ke kisah Al-Kahfi tu? tiada tanda-tanda lain yang lagi menakjubkan?".

Pengajaran:
  1. Aqidah bukan dibina dengan perkara-perkara ajaib. Contoh: Kalimah Allah terdapat pada badan ikan. Itu je yang difokuskan untuk betul-betul beriman kepada Allah.
  2. Orang yang beraqidah kebendaan di'trigger' imannya apabila melihat benda2 ajaib.
  3. Berhujah dengan Al-Quran dan As-snunah.
AYAT 10

Doa Senjata Yang Anpuh Muslimin (gambar dari Saifulislam.com)

Ayat ini memberi iktibar kepada sesiapa yang banyak masalah, sila-sila la berdoa mintak petunjuk dari Allah.  Dalam do'a ini, pemuda-pemuda al-kahfi meminta kelapangan hidup kerana mereka tidak tahu apa yang mereka nak minta.

Allah menggunakan perkatan 'LADUN' bukan 'INDI' yang kedua-keduanya membawa maksud disisi. Tapi 'LADUN' lebih mendalam maksudnya yang itu disisiNya sahaja kita boleh dapat apa yang kita ingin.

AYAT 12

Mengaharapkan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini

Ayat ini menerangkan paradigma bangun dari tidur. Jika tidur sementara (tidur), bangun darinya untuk membuat amal. Manakala tidur selamanya (maut), bangun untuk menerima balasan.

AYAT 13

Weird But True

Ayat ini menunjukkan kisah ini benar-benar datang dari Allah. Allah menggunakan perkataan 'An-Naba'' merujuk khabar yang benar-benar penting. Perkataan 'Naba'' ini juga digunakan dalam surah Al-Hujraat 49: 6 yang memberi peringatan kepada orang beriman supaya siasat dahulu jika menerima berita penting yang berkaitan dengan kemaslahatan umat Islam (seperti berita-berita berkaitan dengan harta, maruah etc.)

Pemuda-pemuda Mesir yang bangkit

Kisah ini juga berkisarkan pemuda ('Fityah'). Antara tiga perkataan arab yang merujuk kepada pemuda:
  1. Al-Fata : umur 20-an - 40-an - (QS 21:60) & (QS 18:28)
  2. Al-Ghulam: umur dalam 12 & 13 tahun - budak Ashabul Ukhdud
  3. Al-Shaab: Umur belia (40 thn ke atas)
Hikmahnya:
  1. Debat adalah jalan terakhir untuk menegakkan Islam. Islam perlu ditegahkan mulai HIKMAH! Ini kerana mungkin kebenaran Islam akan terpancar hasil dari pendebatan, namun jauh sekali mereka akan menerima kebenaran tersebut.
  2. Jangan tolak hujah orang muda dan Allah muliakan mereka jika mereka memilih jalan Allah. Muliakan kebenaran walaupun daripada sesiapa. Contohnya; Allah membenarkan perkataan Balqis, permaisuri kafir yang menyembah matahari, tentang perihal kebanyakan penakluk (QS 27:34)
PESANAN KEPADA MASYARAKAT

QS 18: 28 adalah ayat yang menyarankan kepada masyarakat supaya mengambil berat kepada orang muda serta bersabar dengan kerenah mereka kerana mereka penentu masa depan negara. Umur orang muda dicemburui oleh golongan tua mahupun golongan kanak-kanak.

AYAT 14

Ayat ini menunjukkan peringkat perubahan;
  1. Bertindak (QS 18: 13) - 'aminu bi rabbihim' - membuat pilihan sama ada beriman atau kafir
  2. Mendapat petujuk Allah (QS 18:13) - 'wa zidnahum huda' - diberi kemudahan
  3. Diikat atau dikuatkan hati (QS 18:14) - 'wa rabatna 'ala qulubihim' - diberi keyakinan diri dan willpower
Bak kata pepatah ROM, "langkah pertama
Allah memberi pilihan kepada kita (QS 17: 18-21) sama ada mahu menuruti dunia atau bersungguh-sungguh mengejar akhirat.

Dalam ayat ini, Allah memilih perkataan 'Rabathna' yang membawa maksud ikat dengan sekemas-kemasnya. Allah menguatkan/mengikat hati-hati pemuda Al-Kahfi dengan sekemas-kemasnya dengan kesabaran dan keberanian.

Iman yang mantap diumpama air di dalam bekas yang ditutup rapi untuk menjaganya dari terserap, tumpah dan berkurang hingga kering.

Dalam ayat ini, ulama-ulama mempunya penafsiran berlainan tentang 'qamu' iaitu bangkit:
  1. Fizikal : bangkit membantah raja yang zalim tentang aqidah
  2. bangkit di kalangan orang bangsawan
  3. Ahli sufi: berdiri sambil menari dan berzikir
GOLONGAN PEMUDA 'AKU TAK PEDULISMA'


Golongan terdiri daripada mahsiswa dan mahasiswi yang menetap di dalam universiti swasta mahupun awam. Rutin harian mereka hanya berlegar-legar pada 3K:
  1. Katil - Tidor
  2. Kafe - Makan
  3. Kuliah - Belajar
Mereka ini tiada pendirian dan mempunyai sikap berlepas diri dari menyuarakan hak kerana takut dibuang kolej atau universiti. Ini berpunca dari ketiadaan ciri-ciri karakter diri yang kuat (boleh berdikari dan berani mengambil risiko atas perbuatan dilakukan).

AYAT 15

Ayat ini menjawab persoalan ayat 9 yang mana kepercayaaan bukan dibina atas keajaiban sesuatu tetapi ia dibina atas keterangan nyata ('sulthoni baiyin') atau hujah. Contohnya, kalau nak beli ubat, jangan terlalu percayakan dengan iklan bahawa ubat ini boleh menyebut 1001 penyakit. Semak dulu kandungan ubatnya terlebih dahulu sama ada kandungan tersebut benar boleh merawat penyakit secara saintifik.

                                                                              TAMAT

"Nilai Hidup Pada Syukur"
3 Rabi'ul Awal 1433H | 27 Januari 2011M
UIAM Gombak

3 ulasan:

  1. it's a good note! tQ

    BalasPadam
  2. sangat bagus dan mudah difaham

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian nota. Menambah serba sedikit pemahaman saya ke atas surah Al-Kahfi.

    BalasPadam