|
Antara yang hadir. |
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk beriftar di UIA PJ dalam proses menyantuni adik-adik baru masuk ke Pusat Asasi UIA. Ianya bermula dengan berbuka dengan makanan ringan (roti), kemudian solat dan disusuli dengan berbuka dengan makanan berat (nasi). Dan ia diakhiri dengan sesi ta'aruf dan tazkirah. Yang menjadi kegemaran saya adalah sesi taaruf kerana sesi ini membina kreativiti dalam memperkenalkan diri.
Saya pulang ke UIA Gombak sejurus usai solat isya'. Dalam perjalanan pulang, Saya baru teringat yang saya tertinggal beg di surau Mahalah Abu Bakar. Hasrat untuk menelefon sahabat yang masih di PJ tidak kesampaian kerana kredit telefon saya keika itu tinggal 5 sen. Tambahan pula ketika itu saya di kawasan lebuhraya, sudah tentu tiada kedai di sepanjang perjalanan. Namun saya bertawakal dan cuba unutk keluar dari lebuh raya. Alhamdulillah, saya berjaya keluar dari lebuhraya ke kawasan kedai di Setapak. Setelah berlegar-legar kurang dari setengah jam, akhirnya saya menemui kedai Watson dan membeli top up digi RM 10. Selajutnya menefon seorang sahabat yang masih di UIA PJ untuk meminta dia membawa pulang beg saya yang tertinggal. Alhamdulillah, beg saya akan dibawa pulang dan disimpan di wisma. Peristiwa menjadi iktibar supaya tidak tergopoh gapah untuk pulang sebelum memastikan tiada barang yang dibwa tertinggal.