Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan SURAH AL-KAHF anjuran Akademi Sinergi. Seminar ini berlangsung selama 4 hari di UPM Serdang.
Alhamdulillah, saya panjat seinfinity kesyukuran kepada Allah kerana saya antara insan dipilih oleh-Nya untuk hadir di bawah tajaan. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja. Moga Allah merahmati dan menerima segala usaha kalian untuk membentuk umat manusia ke arah kebaikan. Ameen.
Apa tujuan anda datang? (tanya diri sendiri) Tujuan hanya satu untuk memahami Al-Quran dan seterusnya saya akan sampaikannya kepada insan-insan di bawah lingkungan saya. Insya Allah.
HARI PERTAMA (21 January 2012)
PENGENALAN SURAH AL-KAHF
|
Surah Al-Kahf |
Surah Al-Kahf merupakan surah makiyyah dan mempunyai 110 ayat. Ayat ini diturunkan di kala umat islam mengalami krisis kepercayaan.
Antara sebab turunnya surah ini, adalah gara-gara orang Quraisy mekah ingin mengahalang da'wah nabi setelah pelbagai cara sudah dicuba. Akhirnya, mereka meminta bantuan dari Ahli Kitab di Madinah yang ketika itu terkenal dengan kecerdikan mereka.
Sekadar selingan, di sini kita boleh lihat Allah menggunakan perkataaan 'Ahlul Kitab' (merujuk pada orang-orang yahudi) pada surah yang diturunkan sebelum hijrah nabi ke Madinah. Manakala, gelaran 'Yuhudi' yang diberi secara rasmi kepada mereka setelah mereka jelas memusuhi Rasulullah di Madinah.
Maka, wakil orang quraisy tersebut diberi tiga soalan oleh pendeta-pendeta Yahudi, jika 3 soalan ini berjaya dijawab oleh Nabi Muhammad, maka benarlah beliau adalah utusan dari Allah.
Antara 3 soalan yang ditanya;
- Pemuda-pemuda yang hilang dari kaumnya
- Pemimpin yang tawaf mengelilingi dunia (Timur-Barat)
- Tentang Roh
Maka pulanglah wakil kafir Quraisy dengan hati yang gembira bersama-sama soalan-soalan yang mungkin sukar dijawab oleh baginda. Lalu diajukan soalan ini kepada Rasulullah. Lantas Rasulullah tanpa menyebut "Insya Allah", beliau berjanji untuk memberi tahu semua jawapan itu pada keesokan harinya. Namun, Allah tidak menurunkan wahyu kepada beliau untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut sebagai teguran. Dan ini berlanjutan selama 15 hari.
Orang kafir Quraisy sudah berasa kemenangan berpihak kepada mereka. Walaubagaiamanapun, Allah tidak akan membiarkan kekasih bermuram durja selama-lamanya. Lalu, Allah memerintahkan Jibril supaya memberi khabar gembira kepada Rasulullah dengan memberi jawapan kepada 3 soalan tersebut. 2 soalan dijelas didalam surah al-Kahf (QS 18:9-12 & QS 18:83-99) dan 1 soalan lagi dijelaskan dalam surah al-Isra'a (QS 17:85-86).